Monday, 16 January 2012

projek mega?

Search Kembali Dengan Konsert Fenomena 30 Tahun! Setelah 30 tahun bersama, akhirnya Search kembali berteriak dengan Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang diadakan pada bulan November & Disember 2011.Search memulakan siri jelajah Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Pulau Pinang pada 19 November 2011 di laporkan 7,000 orang [perlu rujukan] hadir, Johor Bahru 3 Disember 2011 dilaporkan (siapa?) 10,000 orang [perlu rujukan] dan berakhir di Kuala Lumpur 17 Disember 2011 iaitu 15,000 rocker yang datang.[perlu rujukan]Bagi tidak mahu menghampakan peminat Search di Sabah dan Sarawak, Search telah mengumumkan Sambungan Konsert Fenomena Search 30 Tahun Ke Borneo! Search membawa Konsert Fenomena Search 30 Tahun menjelajah ke dua negeri itu.24 Disember 2011 di Kompleks Sukan Tawau hadiri 10,000 ribu peminat di Sabah dan diikuti Stadium Negeri Kuching, Sarawak pada 31 Disember 2011 iaitu konsert akhir bagi SEARCH 2011 dengan hadiri 15,000 peminat.
Konsert SEARCH XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012. pada tarikh 28 Januari 2012,SEARCH & XPDC "LIVE" IN SINGAPORE 2012.di Stadium Tertutup Singapura. lokasi yang pernah berlangsungnya konsert band-band Rock/Heavy Metal internasional seperti Iron Maiden, Metallica mahupun No Doubt itu.Yang menarik mengenai konsert itu adalah ianya merupakan buat pertama kalinya Search dan XPDC bergabung dalam satu konsert di negara repablik itu. Nilai-nilai sentimental yang dapat dilihat di sini adalah kedua-dua Lola dan Yan turut pernah menyertai Search.

plentong jaya

Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah dengan dibarisi ahli kumpulan Amy (penyanyi),Yazid Ahmad (dram),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes) melebarkan sayapnya di Ireland dan United Kingdom pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan Hujan untuk persembahan pembukaan.[36] Mereka beraksi di Button Factory, Dublin, pada 16 Februari; Scala London, King's CrossLondon (18 Februari); dan Cavern Club, Liverpool (21 Februari).[37]
Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[38] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[39]
Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan dilaporkan dihadiri oleh 20,000 orang.[40] Ini disusuli pula dengan konsert di Stadium LarkinJohor Bahru yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12,000 peminat.[41] Nama Konsert DT bertukar lagi menjadi "Konsert Gemuruh DT" sempena persembahan di Seberang Jaya pada 18 Disember dan penutup tirai di Sunway Lagoon pada 25 Disember 2010.[42]

siapa tipu dan siapa yang kena tipu?

Pada tahun 2008, Amy Search mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.[31]
Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah "Konsert Penghargaan Search di Awan Biru" yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara, termasuk tiga di Malaysia Timur iaitu Seberang Jaya Penang,Johor Bahru Johor,Jengka Pahang,Kuala Terengganu,Alor Setar Kedah,Kota Bahru Kelantan,Kuching Sarawak,Miri Sarawak,Sandakan or Kota Kinabalu Sabah,Tawau Sabah,Kelana Jaya or Shah Alam Selangor.Dan juga sekembali nya Noordin Taib (gitar) pada kepangkuan Search pada tahun 2009. Konsert Jelajah yang menerima sokongan dari penaja utamanya Celcom[32] ini bermula dengan konsert pembukaan di Seberang Perai pada 2 Mei[33] hingga konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos.Konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos menyaksikan kembalinya 'Kid' atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama)pada Search .Konsert istimewa itu menyaksikan 3 gitaris di atas pentas Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),dan Hillary Ang (gitar utama).konsert terakhir bagi Hillary Ang (gitar utama) sebelum beliau mengundurkan diri dari Search sekali lagi.Dan tugas gitar utama di galas sekali lagi oleh 'Kid' atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama).Konsert terakhir yang dilangsungkan di padang Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara itu, beberapa hari selepas hari jadi Amy yang ke-50, dilaporkan menarik kira-kira 14,000[34] hingga 25,000[35]peminat.

wahhh inai kiara ada iklan tipu

Pada tahun 2006 juga, Search mengumumkan konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25, bergandingan dengan kumpulan Slank dari Indonesia, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2007 di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, kumpulan Search menarik diri pada saat-saat akhir, kononnya sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor pada bulan sebelumnya, maka tinggalnya Slank dengan bantuan kugiran Spider dan Wings. Akibatnya, konsert yang menantikan kedatangan 20,000 peminat menjadi hambar dengan kehadiran 7,000 orang sahaja, dilaporkan kebanyakannya berasal dari Indonesia.[30].Setelah Search membatalkan menyertai konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25,Search membuat konsert Konsert Selepas Banjir di johor,selepas banjir besar menlanda Kota Tinggi, Johor .

inai kiara projek terbesar?

Pada awal tahun 2006,dua pemain gitar Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar)telah mengundurkan diri sekali lagi dari Search dan Hillary ang (gitar utama)kembali pada Search setelah sekian lama beliau meninggalkan kumpulan tersebut dari tahun 1988,Beliau adalah pemain gitar asal Kumpulan Search yang ditubuhkan pada tahun 1981.Petikkan bunyi gitar beliau begitu sinonim dengan kumpulan Search dan Cromok, petikkan gitar beliau yang "berhantu" membuatkan peminat masih mahukan Hillary Ang kembali bersama Search. dan media mengesahkan bahawa Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Yazid Ahmad kembali bersama untuk merakam album baru sekali lagi, di samping memperkenalkan tapak sesawang rasmi mereka, Dunia Search. Amy melaporkan bahawa tapak web tersebut dikunjungi 200,000 kali sepanjang minggu pertamanya.[29] Single pertama mereka sejak tujuh tahun menyepi, Ying dan Yang yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut, merupakan sebuah single dari EP Empire Garden. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat dipasarkan atas masalah-masalah teknikal.[8] Serentak dengan Empire Garden, mereka mengusahakan album Gothik Malam Edan yang mengunakn hasil dari Eddrie Hashim & M.Nasir yang berjaya diterbitkan pada pertengahan tahun 2006, kali ini di bawah label edaran Life Records dan syarikat rakaman Neo Digital Sdn Bhd.

bersatu balik inai kiara sdn bhd

Ekoran dari kejayaan Amy membuat penyatuan semula bersama Search maka ramai artis yang dulu berkumpulan membuat penyatuan semula bersama kumpulan asal mereka seperti Nash] bersama Kumpulan Lefthanded, Saleem bersama Kumpulan Iklim Awie bersama Kumpulan Wings, Mustaffa Din / Mus bersama Kumpulan May, Joey bersama Kumpulan Bumiputra Rockers, Mael bersama Kumpulan XPDC dan ramai lagi.

bersatu semula selepas bertahun

SELEPAS lima tahun dibubarkan, kumpulan rock Search akhirnya mengambil keputusan bersatu semula.Kerana peminat Search merindui aksi aksi Search setelah mereka bubarkan nama Search pada tahun 2001.Nama Search dihidupkan kembali dengan dibarisi ahli kumpulan iaitu Amy (penyanyi),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes),Lola (Drum)ialah bekas pemain drum XPDC dan mengadakan sebuah konsert reunion yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Februari 2004.[27] Persembahan konsert tersebut dirakam dalam album live Konsert Rock Search Evolusi 2004 yang keluar tiga tahun kemudian. Pada tahun 2004 juga, kugiran Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert Scorpions di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran Jerman tersebut, walaupun menghadapi tentangan hebat dari Pemuda PAS atas alasan konsert tersebut bakal merosakkan akhlak muda-mudi.[28].Dan tidak lama itu Lola (Drum) telah mengundurkan diri dari Search dan Yazit Ahmad (Drum)pemain drum asal Search telah kembali pada Search.