Selepas itu album mereka iaitu 'Selepas Banjir' keluar, tetapi sambutannya amat mengecewakan. Selepas Banjir, album berlagu baru terakhir di bawah nama Search[25], sebelum kugiran itu dibubarkan album himpunan Rockestra dikeluarkan.[26]
Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula album Fenomena dan Gema di Timur Jauh yang menjalani usaha baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Sham pula meneruskan perjuangan mereka dalam seni muzik tanahair dengan membentuk kugiran Rampage, sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga album di bawah label Sony (kemudian menjadi Sony BMG): Aku,Suatu Masa dan IKON: A Rockstar Chronicle.
No comments:
Post a Comment