Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah dengan dibarisi ahli kumpulan Amy (penyanyi),Yazid Ahmad (dram),Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar),Nasir Daud (bes) melebarkan sayapnya di Ireland dan United Kingdom pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan Hujan untuk persembahan pembukaan.[36] Mereka beraksi di Button Factory, Dublin, pada 16 Februari; Scala London, King's Cross, London (18 Februari); dan Cavern Club, Liverpool (21 Februari).[37]
Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[38] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[39]
Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan dilaporkan dihadiri oleh 20,000 orang.[40] Ini disusuli pula dengan konsert di Stadium Larkin, Johor Bahru yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12,000 peminat.[41] Nama Konsert DT bertukar lagi menjadi "Konsert Gemuruh DT" sempena persembahan di Seberang Jaya pada 18 Disember dan penutup tirai di Sunway Lagoon pada 25 Disember 2010.[42]
No comments:
Post a Comment