Monday, 16 January 2012

fenomena inai kiara

Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search beralih ke Pacific Records (kemudian bertukar nama menjadi BMG Pacific) sebagai label edaran, menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Go-Search Sdn Bhd (di mana kelak mereka merakam semua albumnya sepanjang 1990-an) dan merakam album hit pertama mereka di bawah label itu, Fenomena untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang terdapat dalam bentuk cakera padat yang keluar setahun selepas versi kasetnya.[7] Walau bagaimanapun, Hillary Ang meninggalkan kugiran ini di tengah-tengah sesi rakaman album ini untuk mengejar kerjaya solo.Dan tempat beliau telah di gantikan oleh Kid atau Hamzah Mohd Taib (gitar utama) iaitu bekas pemain gitar utama kumpulan Gersang dan juga adik kepada Nordin Md Taib (gitar) .[7] Dalam album inilah termuatnya lagu malar hijau "Isabella". Apapun, album Fenomena terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia.[8]

No comments:

Post a Comment