Monday, 16 January 2012

inai kiara projek terbesar?

Pada awal tahun 2006,dua pemain gitar Hamzah Mohd Taib (gitar utama),Noordin Taib (gitar)telah mengundurkan diri sekali lagi dari Search dan Hillary ang (gitar utama)kembali pada Search setelah sekian lama beliau meninggalkan kumpulan tersebut dari tahun 1988,Beliau adalah pemain gitar asal Kumpulan Search yang ditubuhkan pada tahun 1981.Petikkan bunyi gitar beliau begitu sinonim dengan kumpulan Search dan Cromok, petikkan gitar beliau yang "berhantu" membuatkan peminat masih mahukan Hillary Ang kembali bersama Search. dan media mengesahkan bahawa Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Yazid Ahmad kembali bersama untuk merakam album baru sekali lagi, di samping memperkenalkan tapak sesawang rasmi mereka, Dunia Search. Amy melaporkan bahawa tapak web tersebut dikunjungi 200,000 kali sepanjang minggu pertamanya.[29] Single pertama mereka sejak tujuh tahun menyepi, Ying dan Yang yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut, merupakan sebuah single dari EP Empire Garden. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat dipasarkan atas masalah-masalah teknikal.[8] Serentak dengan Empire Garden, mereka mengusahakan album Gothik Malam Edan yang mengunakn hasil dari Eddrie Hashim & M.Nasir yang berjaya diterbitkan pada pertengahan tahun 2006, kali ini di bawah label edaran Life Records dan syarikat rakaman Neo Digital Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment