Monday, 16 January 2012

inai kiara di projek

Sepanjang tahun 1989, mereka juga semakin aktif membuat persembahan live, termasuk jelajah Konsert Isabella yang diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Kuala Lumpur pada pertengahan tahun itu, kemudian dilanjutkan ke tahun 1990 di Kuantan dan Jakarta, Indonesia.[4]
Search memuka tirai dekad 1990-an dengan mengeluarkan album Karisma.[9] Album tersebut terjual lebih dari 150,000 unit di Malaysia dan 200,000 ribu unit di Indonesia.[8] Mereka sekali lagi berlakon dalam dua buah filem pawagam, iaitu muzikal Fenomena dan drama cintaIsabella,[4] yang diilhamkan oleh lagu "Isabella".[10] Kedua-dua filem ini dibintangi oleh Amy, dan sedikit sebanyak mengundang kontroversi kerana terdapat adegan berciuman.[11] Sepanjang tahun 1990 juga, kugiran Search bersama Ella dan Wings mengadakan jelajah Konsert Revolusi Salem di seluruh negara, di samping menyambungkan jelajah Isabella di Kuantan dan Jakarta seperti yang disebut tadi.[4] Tidak lama setelah album Karisma diterbitkan, Nasir Daud meninggalkan Search untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Dangooroos.[9]

No comments:

Post a Comment