Pada tahun 1991, kumpulan Search meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan mengeluarkan album himpunan Sepuluh Tahun yang memuatkan 10 lagu hit lama dan dua lagu baru.[12] Pada tashun ini juga, mereka berpeluang untuk melebarkan sayap populariti mereka merentas benua untuk beraksi di pesta New Music Nights di Cat Club, Bandaraya New York, Amerika Syarikat, pada bulan Julai[13], sebelum kembali ke tanahair untuk Konsert Karisma di Stadium Negara, Kuala Lumpur, sebulan kemudian.[4]
Pada tahun 1992, giliran kumpulan Search menjadi penerbit album sendiri dalam merakam album pertama dengan penglibatan M. Nasirsebagai penasihat penerbitan sahaja, bermula dengan album Rampage[14], yang juga diiringi oleh Konsert Rampage di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada bulan November. Pada tahun yang sama, mereka berkolaborasi dengan kumpulan Wings untuk menghasilkan album Double Trouble.
No comments:
Post a Comment